KeMurunGaNBuat ramai orang, kemurungan dianggap sebagai suatu masalah minor dan seringkali tidak dihiraukan. Namun hakikatnya ia merupakan sebuah penyakit mental yang merbahaya sekiranya ia gagal dikawal dengan sepenuh kewarasan. Ini adalah kerana penyakit ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun disentuh. Ia merebak secara dalaman dan bertambah kronik tanpa disedari oleh penanggungnya. Penyakit ini menyerang tanpa mengenal lingkungan usia. Pengidapnya boleh terdiri daripada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ramai yang beranggapan bahawa ia bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan. Menurut Dr. Nor Hamidah;dan emosi kerana memberi kesan terhadap pemikiran, anggota badan dan perasaan dan mempengaruhi cara kita berfikir mengenai diri kita sendiri atau hal lain" Psychosis (Bipolar Affective Disorder) - Kesedihan berpanjangan - Isomnia (sukar untuk tidur) atau bangun terlalu awal pagi atau terlalu banyak tidur - Hilang minat untuk berseronokan atau hobi-hobi yang sebelum ini digemari - Hilang selera makan atau selera makan yang keterlaluan - Bersendirian dan mengurung diri - Hilang kosentrasi - Resah - Mudah marah - Kurang bertenaga dan lesu - Berasa putus asa, mudah mengalah - Berpandangan pesimis - Berasa bersalah - Gangguan Fizikal - sakit kepala yang berpanjangan - sistem perkumuhan yang kurang hadam - sakit yang berpanjangan - Mudah menangis - Ingin bunuh diriPunca - Sosialisasi keluarga - Faktor genetik - Kehilangan sesuatu yang amat disayangi - Penyakit yang berpanjangan - Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri - Rasa rendah diri yang keterlaluan - Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul Rawatan Dignosis hanya dapat dilakukan oleh pakar psikiatri mengikut tahap; - penilaian psikiatri - kesihatan mental - penelitian simptom - psikologi - psikososial - Belajar menjadi tenang dan bersabar - Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai - Perancangan tugas agar teratur - Jangan terlalu mengharap diri sendiri - Elakkan bersendirian … habiskan masa dengan orang tersayang - Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif - Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnyasecara objektif.Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai - Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi - Berusaha membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin - Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan Murung Sebahagian Penyakit Mental (m/s : 15) Berita Minggu (4 Oktober 1998) Ruangan Rencana Perubatan(Dr. Nor Hamidah) |
2011/04/23
Ruang TiPs Kesihatan sebuaHKeseLesaaaN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment